Perisian Windows Mobile Terbaik
Windows Mobile sudah lama wujud dalam dunia industri komunikasi,maka dengan itu ia mempunyai ramai pembangun perisian berbanding platform lain.Kini terdapat beribu perisian yang boleh digunakan dalam platform windows mobile ini,tetapi disini disenaraikan 6 perisian yang amat berguna untuk anda.Dan yang lebih menarik ianya adalah percuma.
1.Opera Mobile
Microsoft Pocket Internet Explorer boleh tahan tetapi Opera Mobile lebih baik dan pantas.Opera lebih berkuasa,paparan lebih baik,ada fungsi zoom dan antaramuka yang sangat baik.Opera telah diintegrasikan di dalam HTC dan Samsung.Walaubagaimanapun jika tiada anda memuat turun secara percuma
2.Pocketcultmame
Permainan elektronik lama adalah antara permainan yang paling menarik dan paling menyeronokan.Perisian ini akan menjadi perantara atau emulator kepada perisian permainan elektronik lama supaya ia boleh dimainkan pada peranti Windows Mobile anda.Tetapi anda mestilah mencuba dahulu samaada ia mampu berfungsi pada peranti anda ataupun tidak
3.Newsgator Go
Jika anda seorang pelanggan tetap RSS iaitu pemuat turun maklumat dan berita daripada internet,perisian Newsgator Go! adalah antara yang terbaik.Anda hanya memerlukan sebuah akaun dalam talian dan mengunakan antamuka web untuk memilih jenis berita yang anda mahu.Setelah anda memasukan nama pengguna kata laluan segala berita yang anda mahu akan terus dimuatkan ke dalam peranti Windows Mobile anda
4.Google Sync
Jika anda pengguna setia Gmail,perisian ini adalah untuk anda.Anda boleh menyalin segala temujanji,mesyuarat ,tarikh penting dan maklumat penting daripada akaun Gmail anda ke peranti Windows Mobile anda dengan cepat dan mudah.Perisian yang amat penting buat anda
5.Dashwire
Dashwire adalah perkhidmatan web yang akan menyimpan salinan hubungan,mesej teks ,foto dan video yang boleh dicapai kemudian menerusi pelayar web.Ia juga ada perkhidmatan perkongsian foto dan video.Anda juga boleh gabungkan bersama-sama akaun Flickr atau Facebook anda.
6.ORB Network ORB
ORB mampung berfungsi dengan baik bersama telefon pintar Windows.Perisian ini akan menghantar sebarang maklumat yang anda kehendaki menerusi internet kepada telefon anda.Ia akan menukar sebarang fail kepada versi yang boleh dibaca oleh telefon anda dengan cepat dan terus menghantar ke telefon
Berkaitan:






