Langkah Mudah Lindungi Komputer Anda

1.Aktifkan Firewall dan pastikan ia dihidupkan
Firewall menolong melindungi komputer anda daripada penggodam yang cuba untuk memadamkan maklumat,merosakkan komputer mahupun mencuri kata laluan atau nombor kad kredit anda.
Terdapat tiga jenis asas firewall iaitu perisian,perkakasan,perkakasan router dan juga router tanpa wayar.Perisian adalah perisian keselamatan internet yang mempunyai fungsi firewall,manakala perkakasan router pula membolehkan anda membuat tetapan untuk menghalang sebarang anasir jahat yang dikenalpasti.Begitu juga router tanpa wayar dan ia boleh menghalang segala anasir yang menggunakan laluan rangkain tanpa wayar.
2.Pastikan Sistem Operasi Anda Dikemaskini
Mengemaskinikan perisian sepatutnya menjadi keutamaan kepada keselamatan dan kebergantungan komputer anda.Ia merupakan perlindungan terakhir daripada aktiviti jahat dalam talian.Pastikan anda mengemaskinikan dengan tempoh berjadual,sebagai contoh seminggu sekali ataupun setiap dua minggu
3.Kemaskinikan Perisian Antivirus Anda
Virus dan Spyware adalah dua jenis perisian jahat yang perlu anda hindari daripada komputer anda.Anda perlukan teknologi antivirus untuk menghalang virus dan perlu dikemaskinikan dengan kerap.Tiada sebarang sistem keselamatan yang menjamin 100 peratus selamat.
4.Pastikan Teknologi Antispyware Anda Yng Terkini
Spyware merupakan sejenis program yang berlainan daripada virus.Ia boleh bertindak seakan virus dan menghasilkan risiko yang sama.Untuk melindungi komputer anda daripada spyware gunakan perisian antispyware seperti Spyware Terminator.Spyware dan perisian jahat yang lain akan menggugat keperibadian anda,mengganggu anda dengan tetingkap popup,memperlahankan komputer serta boleh merosakkan komputer anda.
Berkaitan:

Mozilla/5.0 (Windows; U; Windows NT 5.1; en-US; rv:1.9.2.3) Gecko/20100401 Firefox/3.6.3 GTBDFff GTB7.0
Info yang baik sekali! Semoga pengunjung mendapat manfaat! Tetapi pastikah kita bahawa antivirus kita benar2 berfungsi atau tidak? Untuk menguji samada antivirus yg kita pasang kat PC berfungsi ke tidak, klik link di bawah:
http://panduanpercuma.info/komputer/2362/cara-menguji-apakah-antivirus-kita-berfungsi/
Semoga sama2 mendapat manfaat.