Komputer | pintarpc.com

Archive for the 'Komputer' category

Papan Kekunci Skrin

Jun 14 2010 Published by admin under Komputer,windows

Syarikat Microsoft telah mencipta satu papan kekunci maya (virtual) Osk untuk membantu pengguna kurang upaya.Pada asasnya,papan kekunci ini mempunyai semua fungsi papan kekunci sebenar.

Cara melaksanakan papan kekunci maya.

Pergi ke Run (Windows+R) dan taipkan OSK kemudian klik ok.Tunggu sehingga papan kekunci skrin akan muncul.

No responses yet

Mengenali Netbook

Jun 11 2010 Published by admin under Komputer,Produk

Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan komputer mungkin tidak asing lagi dengan perkataan “Netbook”. Apakah sebenarnya Netbook? Secara fizikalnya Netbook boleh dilihat berlainan jika dibandingkan dengan Notebook biasa dengan ketiadaan CD/DVD drive serta kecil dan ringan. Tahap kecil Netbook adalah bersaiz B5 (Kertas A4 dibahagi 2), iaitu mempunyai skrin 9, 10 ataupun 11 inchi dan dalam lingkungan 1kg sahaja. Ianya berharga dalam lingkungan RM1,000 hingga RM1,500. Ia adalah satu nilai yang tidak mahal jika dibandingkan dengan laptop.

Netbook adalah berasal dari konsep “Network Computing” yang bertujuan menggunakan komputer sambil menjalinkan komunikasi yang boleh dicapai melalui internet. Dari konsep ini lahirlah Netbook yang mempunyai objektif utama penggunaan untuk berinternet dan email. Tidak dinafikan ianya boleh juga digunakan untuk mendengar musik dan melihat video.

Walaubagaimanapun perlu diingatkan ianya tidak dapat berfungsi dengan lancar sekiranya menggunakan aplikasi yang memerlukan kapasiti processor yang tinggi ataupun RAM yang besar. Netbook yang paling baguspun hanya boleh mempunyai 1.6Ghz Processor dan 2GB RAM. Kapasiti ini amatlah sesuai untuk penggunaan internet, email ,menulis melalui word processor (Microsoft Word atau OpenOffice) dan juga edit photo menggunakan Adobe Photoshop Versi Portable. Continue Reading »

No responses yet

iPad-Tablet Dari Apple

Jan 29 2010 Published by admin under Komputer

Akhirnya Apple telah pun memperkenalkan secara rasminya tablet daripada mereka yang diberi nama iPad.Dengan fungsi touch skrin dan skrin seluas 9.7 -inc dengan berat 1.5 pounds.Ipad boleh dikatakan iPhone versi besar,dimana ia turut menggunakan sistem operasi iPhone yang dipertingkatkan keupayaanya.Jika anda mengaktifkan penulisan pada iPad,sebuah papan kekunci QWERTY akan muncul di skrin,membolehkan anda menaip dengan mudah dengan fungsi touch skrin.

iPad menggunakan cip 1GHz Apple A4 dengan ruangan storan antara 16GB sehingga 64Gb,dan menyokong fungsi bluetooth dan wi-fi.Kadar penggunaaan bateri yang mampu bertahan selama 10 jam.Didatangkan dengan aplikasi asas seperti Safari, iPod, Maps, YouTube, iTunes Store, App Store dan banyak lagi.

One response so far

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin