Antivirus Dan Security | pintarpc.com

Archive for the 'Antivirus Dan Security' category

Cara Elakkan Phishing

Jun 13 2010 Published by admin under Antivirus Dan Security

Anda mungkin pernah mendengar perkataan Phishing.Apakah sebenarnya phishing? Ia merupakan satu bentuk jenayah penipuan yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab bagi mencuri maklumat peribadi,terutamanya data perbankan anda.

Aktiviti ini dijalankan menerusi mesej email yang dihantar dan menyuruh mangsa membuka laman web yang tidak selamat dan merbahaya.Laman web yang akan dimasuki  pula telah direka khas untuk mencuri data peribadi  seperti maklumat perbankan ,pay pal dan akaun kad kredit .

Kepintaran penjenayah ini juga dapat mengaburi mangsa dengan menghasilkan laman web beserta nama dan imej korporat institusi perbankan yang sedia ada,sekali gus membuatkan mangsa tidak sedar bahawa akaun mereka dibawah kawalan orang lain.

Di bawah ini beberapa tips yang boleh anda gunakan bagi mengelakkan data peribadi diceroboh. Continue Reading »

No responses yet

Langkah Mudah Lindungi Komputer Anda

Jan 23 2010 Published by admin under Antivirus Dan Security

1.Aktifkan Firewall dan pastikan ia dihidupkan

Firewall menolong melindungi komputer anda daripada penggodam yang cuba untuk memadamkan maklumat,merosakkan komputer mahupun mencuri kata laluan atau nombor kad kredit anda.

Terdapat tiga jenis asas firewall iaitu perisian,perkakasan,perkakasan router dan juga router tanpa wayar.Perisian adalah perisian keselamatan internet yang mempunyai fungsi firewall,manakala perkakasan router pula membolehkan anda membuat tetapan untuk menghalang sebarang anasir jahat yang dikenalpasti.Begitu juga router tanpa wayar dan ia boleh menghalang segala anasir yang menggunakan laluan rangkain tanpa wayar. Continue Reading »

One response so far

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Videos, Slideshows and Podcasts by Cincopa Wordpress Plugin